Saturday, 26 November 2016

PETUA KULIT MUKA BERSIH BERSERI

Tips saya menjaga kesihatan kulit sangatlah mudah...Hanya sebotol Vivix dan Cleanser Nw sahaja sebab ini dah cukup merangkumi segalanya...
.
Tapi yang penting kenalah bersihkan dalaman tu dulu...detox segala yang tak perlu barulah supplement lain senang bekerja...Air masak wajib!
.
Vivix ni bukan setakat saya buat minum tapi saya buat masker juga...Satu botol boleh buat macam-macam kan?
.
Ok...rahsia dah terbongkar...😷😷
.
Ada yang mahukan saya kongsikan lebih lanjut tentang tip2 penjagaan wajah?
.
Hubungi saya di 010-701 6941 (Yanie)

Thursday, 6 October 2016

TESTIMONI KURUS PESAKIT OBESITI (Part 1)


Perkara asas di dalam set diet Shaklee adalah detoks toksin, bakar lemak dan bina otot protein seperti mana Bakar Lemak adalah Lecithin atau Omega Guard, Buang/Detox adalah Herb-Lax atau Alfalfa Complex dan Bina Otot adalah ESP atau Cinch Shake.

Kita juga ada set-set kurus Shaklee mengikut bajet anda.....

Testimoni pengguna Shaklee adalah seperti yang berikut



Bila timbang berat badan dah turun 8kg. Yang dahulu nya 68kg, dan sekarang 60kg. Hanya mgambil Chinch Shake, Alfafa dan Lecithin je.....



Hilang 6kg dan pengurangan 20 inci badan! Lebih kenyang dengan Chinch Shake Shaklee...



Kurus sekata dengan Alfafa, Lecithin dan Omega Guard...Inci semakin mengecil walaupun dir sendiri tak perasan!



Dan saya akan kongsikan pengalaman kurus luar biasa dari Shaklee untuk entry seterusnya...Stay tuned ya....


























SUPPLEMENT UNTUK PESAKIT OBESITI

Assalammualaikum......
Sebelum ini kita dah bincang macam-macam tentang Obesiti kan?....Sekarang kita tengok pula cara nak atasi masalah Obesiti ini.
Apakah yang boleh dibuat untuk turunkan berat anda?
Di Shaklee, ada beberapa produk asas adalah digunakan untuk menurunkan berat badan. Di sini disenaraikan beberapa set kurus yang ada ditawarkan.
  • Set Budget
  • Set Premium
  • Set Kurus untuk ibu menyusu
  • Set Lengkap.

Formula Kurus Shaklee


set kurus shaklee
3 Peringkat Fungsi Set Kurus

BAKAR—>BUANG—-> BINA 

BAKAR
Lemak perlu dibakar terlebih dahulu di dalam badan. Lecitin dan Omega adalah berfungsi untuk membakar lemak. Perbezaan lecithin dengan Omega, lecithin shaklee adalah berasaskan soya manakala Omega berasaskan minyak ikan. Dari segi kadar pembakaran, omega lagi kuat untuk membakar lemak-lemak.
BUANG
Setelah lemak dibakar, lemak tersebut perlu diangkut daripada organ-organ tubuh badan dan dikumuhkan. Maka alfalfa dan Herbalax diperlukan untuk mengangkut badan toksin ini. Alfalfa adalah untuk angkut toksin dari seluruh badan manakala herbalax adalah berfungsi untuk detox di perut dan usus.
BINA
Untuk memastikan otot yang telah terbakar lemak-lemak, otot tersebut perlu dibina semua untuk tidak mengeleber. ESP dan cinch diperlukan pada tahap ini. Cinch juga berfungsi untuk meningkatkan metabolisme otot badan.
Jika Pengambilan ini betul berat boleh dikurangkan dengan segera dan selamat.

Adalah penting untuk anda mengambil air setiap kali mengambil vitamin ini.Lagipun kuantiti air yang perlu adalah sekitar 8 gelas atau 3 liter sehari.

Saturday, 24 September 2016

PEMAKANAN DAN OBESITI


Assalammualaikum dan Selamat berhujung minggu.....
Jika sebelum ini kita dah bincang tentang Definasi Obesiti, Punca Obesiti, Symptom Obesiti, Rawatan Obesiti dan kini saya nak kongsikan apakah pemakanan yang sesuai buat pesakit Obesiti.
Makanan berkhasiat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, tenusu, dan bijirin sebenarnya dapat membantu pertumbuhan serta kesihatan tubuh badan anda.
Asimilasi Makanan
Tahukah anda apa itu asimilasi makanan? Asimilasi makanan ialah proses pencernaan dan penukaran makanan berkhasiat menjadi tisu hidup. Di samping itu, dengan adanya pemakanan, kita juga dapat mengetahui bagaimana badan kita bekerja. Dalam pemakanan ini terkandung semua jenis pengelasan makanan, misalnya vitamin, protein, lemak, dan sebagainya.
Kandungan lemak dalam makanan
Apa sahaja makanan yang kita makan, sebenarnya mengandungi banyak kalori daripada lemak. Di bawah ini, anda boleh mengikuti garis panduan diet Malaysia sebagai rancangan diet anda.

Makanan tinggi lemak
• Hamburger saiz biasa 11.8 39 
• Hot dog 14.5 54 
• Kentang goreng 20-25 keping (saiz biasa yang
• digoreng dengan minyak sayuran) 12.247 
• Keropok kentang - 1 aun 10.1 61 
• Mentega/marjerin - 1 sudu teh 4 94 
• Sos salad - 2 sudu makan 11.1 85 
• Kek keju 16.3 57
Makanan rendah lemak

• Kacang hijau - direbus = cawan 0.2 9 
• Roti - 1 keping 1.1 16 
• Mil oat - 1 cawan 2.4 15 
• Buah epal - 1 biji 0.5 6 
• Ubi kentang - 1 biji dipanggang 0.2 1
Makanan dan kesesuaian
     Pemakanan yang sihat sangat penting untuk tubuh kita. Ini kerana diet pemakanan yang sihat sebenarnya dapat membantu menghasilkan tenaga serta dapat membantu tubuh kita bekerja dengan lebih baik. Tentu ramai di kalangan anda yang gemar menghabiskan masa berada di hadapan televisyen. Aktiviti sebegini memang menyeronokkan, tetapi anda harus ingat aktiviti seperti ini sebenarnya tidak bagus untuk tubuh badan anda.


Aktiviti ini dipanggil sebagai aktiviti statik kerana anda hanya duduk dan tidak sedikit pun melakukan senaman bagi membakar kalori dalam tubuh badan. Ini mungkin boleh mendatangkan kegemukan.
Untuk itu, bagi merangsang tubuh badan supaya bergiat aktif, anda bolehlah melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh seperti bermain, menari, menyertai acara sukan, mengemas rumah atau mencuci kereta di waktu lapang atau apa sahaja aktiviti yang dirasakan sesuai dengan keupayaan anda. Dengan melakukan aktiviti seperti ini, kita juga dapat membantu otot-otot kita menjadi kuat.
Jangan jadikan amalan, makan sambil menonton televisyen. Perbuatan ini boleh menyebabkan anda seronok sehingga tidak mahu berhenti makan.





Merawat masalah Obesiti


Merawat masalah Obesiti

Pada hari ini masalah lemak berlebihan yang keterlaluan atau juga dikenali sebagai obesiti merupakan antara topik paling popular dibicarakan terutama mengenai usaha untuk mencari penawarnya. 

Jika sebelum ini saya dah bincangkan punca / symptom-symptom terjadinya Obesiti, kini saya akan kongsikan bagaimana nak merawatnya.




Berikut beberapa rawatan bagi pesakit yang menghidapi masalah Obesiti:-


Diet
 
1.   Elakkan makanan yang tinggi kandungan kalori seperti makanan yang banyak lemak dan gula. Banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Kurangkan menggoreng makanan. Banyakkan makanan yang direbus dan dibakar.



  2.   Elakkan menggunakan susu pekat manis. 
  
3.   Kurangkan kandungan gula dalam minuman dan kuih-muih. 
  
4.   Makan ikut jadual dan elakkan meninggalkan jadual makan. 
  
5.   Jangan gelojoh ketika makan dan ambil masa untuk memberi rasa kekenyangan. 
  
6.   Kurangkan makan di waktu malam, elakkan snek ketika menonton televisyen. 
  
7.   Pengurangan antara 500 hingga 1,000 kalori sehari dapat mengurangkan antara 0.5 hingga 1 kilogram sebulan. 



  Senaman

  
1.   Senaman perlu dilakukan secara berterusan setiap hari dalam tempoh 20 hingga 30 minit sahaja bergantung kepada aktiviti yang dilakukan. 
  
2.   Sebaik-baiknya amalkan senaman selama 15 minit setiap hari daripada bersenam selama dua jam tetapi hanya seminggu sekali. 
  
Senaman ini merangkumi berjoging, berbasikal, aerobik, bersukan, berenang dan sebagainya. 


Ubat-ubatan 

Kaedah ini dapat membantu mengurangkan sebanyak antara lima hingga 10 peratus berat badan. Terdapat empat jenis ubat-ubatan iaitu:
  
1.   Lipase inhibator. Ubat ini menghalang enzim lipase di dalam saluran penghadaman memproses lemak makanan yang dimakan daripada menyerap ke dalam tubuh. Bagaimanapun, ia hanya menyekat 1/3 daripada lemak tersebut dan bakinya akan memasuki sistem penghadaman makanan.
  
2.   Ubat mengekalkan paras hormon adrenalin dan serotonin. Dengan memakan ubat ini, ia akan mengawal fungsi selera makan dalam otak yang menyebabkan individu terbabit berasa kenyang. Kesan sampingannya ialah hipertensi, sukar tidur, jantung berdebar, panas dan sebagainya. 
  
3.   Ubat kencing manis. Ia boleh bertindak terhadap sel-sel tubuh dengan memperbaiki sensitiviti sel terhadap hormon insulin. 
  
4.   Ubat antikemurungan. Walaupun ia boleh menurunkan berat badan, ia tidak digunakan untuk mengurangkan berat badan kerana ia boleh menimbulkan kesan sampingan. 



Pembedahan  

Pembedahan ini bukan pembedahan kosmetik yang boleh menguruskan badan. Ia hanya digunakan bagi mereka yang mempunyai masalah obesiti yang serius. Jaminan keberkesanan kaedah ini ialah sebanyak 90 peratus dengan pengurangan berat badan antara 30 hingga 50 kilogram. Namun, ia juga mempunyai implikasi tersendiri seperti muntah, kekurangan zat vitamin dan jahitan terbuka. 

Antara jenis pembedahan yang dilakukan ialah: 
  
1.   Jaw wiring - mengecilkan bukaan rahang mulut supaya individu tersebut tidak boleh makan dengan banyak. 
  
2.   Gastric reduction - mengecilkan kandungan perut supaya makanan tidak dapat diisi dengan banyak. 
  
3.   Ile-jujenal bypass (Roux-EnY) - pembedahan pintasan di mana perut akan disambung terus ke usus kecil sekali gus menghalang makanan daripada dihadamkan. 



 
Kesesuaian Berat Badan (BMI)

Kaedah untuk mengukur kesesuaian berat badan BMI (Indeks Jisim Badan) kg 72 Ketinggian (m2) 1.7x1.7 Ukuran berat badan boleh dilakukan berdasarkan panduan seperti:
1.   Normal: 17-25 
2.   Berat badan berlebihan: 25-30 
3.   Obesiti tahap I: 30-35 
4.   Obesiti tahap II: 35-40 
5.   Obesiti tahap III: 40 ke atas 




Disini saya tunjukkan cara bagaimana menyukat tahap obesiti sendiri:-

Selain berat badan berlebihan, seseorang boleh menilai sama ada ia tergolong dalam kategori obesiti melalui ukuran diameter di pusat: 
•   Bagi wanita jika ukuran melebihi 88 sentimeter = risiko tinggi mendapat penyakit dan dikategorikan dalam golongan obesiti. 
•   Bagi lelaki jika ukuran melebihi 102 sentimeter = risiko tinggi untuk mendapat penyakit dan dikategorikan dalam golongan obesiti.


Untuk next entry saya akan kongsikan apakah makanan yang bersesuaian dengan golongan Obesiti ini....

Stay Tuned ya.....