Assalammualaikum dan Selamat berhujung minggu.....
Jika sebelum ini kita dah bincang tentang Definasi Obesiti, Punca Obesiti, Symptom Obesiti, Rawatan Obesiti dan kini saya nak kongsikan apakah pemakanan yang sesuai buat pesakit Obesiti.
Makanan berkhasiat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, tenusu, dan bijirin sebenarnya dapat membantu pertumbuhan serta kesihatan tubuh badan anda.
Asimilasi Makanan
Tahukah anda apa itu asimilasi makanan? Asimilasi makanan ialah proses pencernaan dan penukaran makanan berkhasiat menjadi tisu hidup. Di samping itu, dengan adanya pemakanan, kita juga dapat mengetahui bagaimana badan kita bekerja. Dalam pemakanan ini terkandung semua jenis pengelasan makanan, misalnya vitamin, protein, lemak, dan sebagainya.
Kandungan lemak dalam makanan
Apa sahaja makanan yang kita makan, sebenarnya mengandungi banyak kalori daripada lemak. Di bawah ini, anda boleh mengikuti garis panduan diet Malaysia sebagai rancangan diet anda.
Makanan tinggi lemak
• Hamburger saiz biasa 11.8 39
• Hot dog 14.5 54
• Kentang goreng 20-25 keping (saiz biasa yang
• digoreng dengan minyak sayuran) 12.247
• Keropok kentang - 1 aun 10.1 61
• Mentega/marjerin - 1 sudu teh 4 94
• Sos salad - 2 sudu makan 11.1 85
• Kek keju 16.3 57
• Hot dog 14.5 54
• Kentang goreng 20-25 keping (saiz biasa yang
• digoreng dengan minyak sayuran) 12.247
• Keropok kentang - 1 aun 10.1 61
• Mentega/marjerin - 1 sudu teh 4 94
• Sos salad - 2 sudu makan 11.1 85
• Kek keju 16.3 57
Makanan rendah lemak
• Kacang hijau - direbus = cawan 0.2 9
• Roti - 1 keping 1.1 16
• Mil oat - 1 cawan 2.4 15
• Buah epal - 1 biji 0.5 6
• Ubi kentang - 1 biji dipanggang 0.2 1
Makanan dan kesesuaian
Aktiviti ini dipanggil sebagai aktiviti statik kerana anda hanya duduk dan tidak sedikit pun melakukan senaman bagi membakar kalori dalam tubuh badan. Ini mungkin boleh mendatangkan kegemukan.
Untuk itu, bagi merangsang tubuh badan supaya bergiat aktif, anda bolehlah melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh seperti bermain, menari, menyertai acara sukan, mengemas rumah atau mencuci kereta di waktu lapang atau apa sahaja aktiviti yang dirasakan sesuai dengan keupayaan anda. Dengan melakukan aktiviti seperti ini, kita juga dapat membantu otot-otot kita menjadi kuat.
Jangan jadikan amalan, makan sambil menonton televisyen. Perbuatan ini boleh menyebabkan anda seronok sehingga tidak mahu berhenti makan.
No comments:
Post a Comment