Selamat Pagi semua sahabat positif saya....😊😊😊
Pagi ni saje nak sharing tips bisnes online berdasarkan pengalaman saya yang tak ada basic lansung dalam berbisnes tau.... Kalau ada yang pro bisnes harap maaf ye atas teori sediri ikut suka sesedap rasa ni......😂😂😂
1) Produk
Mula-mula kena set lah nak jual apa.... Contoh yang famous sekarang ni tudung ke, barang kecantikan ke atau supplement kesihatan. Macam saya, saya jual Supplement Shaklee...
2) Modal
Permulaan hanya rm65 sahaja...Mula mengguna sendiri, puas hati dan share kebaikan pada semua orang je...Bila orang dengar automatik mereka juga nak mencuba.
3)Akaun bank
Korang mestilah kena ada akaun bank tau. Atleast satu akaun untuk orang bank in kan kat korang.... Klau tak macam mana nak ambil payment. Contohnya akaun cimb or maybank. Customer saya ramai yang guna maybank, so saya buat akaun Maybank khas untuk bisnes online saya..
4)Medium jualan
Korang kena ada satu medium untuk letak jualan. Contohnya instagram, facebook, blog, wechat pun boleh.....
Gunakan je semua yang ada. Lagi banyak lagi bagus. Kalau modal besar boleh guna servis iklan facebook. Contoh iklan kat blog BOLEH RUJUK SINI. Tapi kalau boleh awal-awal bisnes janganlah privatekan fb, or insta korang....Bagi saya lah, itu boleh menurunkan mood orang yang nak membeli.
5)Cara pengeposan barang
Lepas dah promote barang dan ada customer, kena lah postkan barang...Saya selalu beli pembungkus pra bayar kat pejabat pos...Pembungkus pra bayar tu korang tak perlu dah lah nak kena packing barang kat kaunter pos laju lepas tu timbang lagi. Dia memag dah tetapkan sebungkus pos pra bayar tu RM6. Sebab tu kalau korang tengok postage biasanya RM6 mengikut berat barang yang dah ditetapkan. So, lepas packing boleh terus masukkan dalam pembungkus pra bayar tu dan hantar ke kaunter pos laju.
Lagi satu, borang jangan lupa ambil sekali ye. Nanti nak tulis alamat kat celah mana...😆😆😆
Ok....tu je tips saya berbisnes online...Mudah kan?
Iryani Jailani
010-701 6941
No comments:
Post a Comment