Saturday, 9 January 2016

Selamat Tinggal Fibroid ~~

Assalammualaikum.....

Hari ni hampir 3 bulan dah aku telah menjalani pembedahan Fibroid....Pengalaman yang tak akan dan tak mungkin dilupakan oleh aku...Hidup dalam 30 tahun ni tak pernah terfikir untuk duduk dalam wad dan jadi ahli hospital...huhuhu...Kalau lalu depan hospital tu pun seram sejuk je...hihihi

Aku dah berkahwin selama 6 tahun dan dah banyak kali keguguran...Antara simptom adanya Fibroid adalah keguguran....

"Fibroid ni datang senyap2 tanpa tanda mahupun sakit"...ni kata doktor aku...Doktor Rabin yang sangat2 lembut dan hensem jugaklah...

Dapat tau ada fibroid ni pun tanpa disengajakan.... semua pun boleh cuba cara aku ni....
1. Baring seperti biasa tanpa bantal
2. Cuba raba sekeliling perut dan rahim kita guna tangan....Bila kita baring secara flat lebih mudah nak rasa apa2 benjolan terutamanya atas faraj kita tu.
3. Jika terdapat benjolan atau biji angin hahhhhh pergilah ke klinik untuk minta doctor scan

Selepas dapat rasa ada benjolan sebesar bila golf hati terus rasa tak sedap....tak kan biji angin pulak kan...Besoknya terus pergi klinik untuk scan perut....Dannnn hasilnya FIBROID SEBESAR 8CM!!!Ya allah masa tu hanya tuhan je yang tahu perasaan ni...nak meraung pun dah tak guna...masa tu muka macam redha je...kikiki...Doktor tak cakap banyak terus bagi surat Hospital KPJ Pasir Gudang untuk buat pembedahan terus!!!....Lagilah rasa macam nak pengsan!!!...Dah la aku ni jenis takut darah dengan bau2 hospital....Nak tak nak terpaksa seret kaki pergi Hospital demi masa depan aku...Suami jangan cakaplah...bebel je sebab aku ni susah sangat nak pergi Hospital tu...dia tak rasa takut macam aku boleh la cakap...huh!!!

Hari pertama 10.11.2015
Malam tu doctor terangkan prosedur pembedahan...Masuk branula by doc Rabin....nasib doc hensem yang cucuk so aku steady je la....fibroid aku duduk dalam rahim dan dah sebesar kepala baby pun....tak tau sejak bila dia dok dalam rahim aku ni....Mujur aku ada insurans personal dan dapat bilik persendirian...so, boleh hilangkan rasa takut tu...
Lepas tu doctor pakar bius pulak masuk terangkan prosedur dia....Aku kena berpuasa dari pukul 12 tengah malam tu untuk operate keesokan pagi...Dan aku dibius satu badan...selamat...hahahaha....
Dalam pukul 11 malam nurse masuk bagi ubat sejenis air untuk bersihkan usus aku...so lepas operate nanti tak lah sibuk nk membuang semua...Rasa ubat tu pehhhhh!!!...sampai sekarang tekak aku macam nak termuntah...Kol 2-3 pagi mula la proses aku keluar masuk toilet....nasiblah toilet sebelah je...

Hari pembedahan 11.11.2015 (day 2)
Kol 6 pagi tu aku dah bangun mandi...pakai baju operate yang ala2 bogel...hihi...pagi tu wad aku penuh  dengan family aku dan family mertua aku...terharu sangat dan hilang jugak rasa takut aku....kol 8 pagi doktor masuk bertanyakan keadaan aku dan dalam 15 minit lagi aku akan dibawa oleh nurse ke bilik O.T tingkat 2....Sejak dari pagi tu aku tak putus2 berdoa agar segalanya dipermudahkan....
Operation bermula 8.45 pagi dan selesai 2.30 petang...Alhamdullilah selamat semuanya....Family tetap setia menunggu sehingga aku sedar...Abah menangis selepas tengok aku keluar dari bilik O.T....ye la...aku ni boleh dikatakan anak kesayangan abah....Operation ni agak lama doctor aku cakap...biasanya 2-3 jam sahaja....agak rumit sebab keadaan fibroidku yang dah besar dan berdekatan dengan usus besar aku...so, take time  untuk keluarkan fibroid tu...
Oh ye....aku dibedah cara Laparoscopy...ada 4 tebukan di bahagian  perutku...sampai sekarang kadang2 masih rasa berdenyut lagi kat tempat tebuk tu...huhuhu
Dalam pukul 7 malam baru aku sedar sepenuhnya...itupun selepas bunyi riuh...rupanya ramai sangat orang datang melawat aku....Terima Kasih tak terhingga untuk korang!!!
Badan masih terasa sakit...kepala pening dan perut yang sakit...mujur aku tak muntah dan tiada masalah untuk menelan makanan....Sokongan dari family sangat2 perlu masa ni utk kita terus bersemangat...Rasa sakit nak gelak, nak bergerak dan segala2nya masa tu....

Hari ketiga 12.11.2015
Aku cuba untuk bergerak sendiri untuk melancarkan peraliran darah dalam badan....baring je pun sakit badan...angin dalam perut kesan bius pun tak keluar nanti...Cuba bergerak perlahan...duduk dan berjalan....Doktor pun terkejut tengok aku dah bergerak...Tak bolehlah nak manjakan badan sangat kan...hihihi....Cuma aku belum mandi je sebab masih takut2 dengan luka jahitan...

Hari keempat 13.11.2015
Doktor buka plaster jahitan...tapi bukan jahitan sebab masih basah lagi...branula pun dh di cabut...Doctor cakap kalau tiada apa2 masalah besok dah boleh discharged...Alhamdullilah selamat semua...Lepas ni berpantang kat umah...Macam mimpi fibroid aku dah selamat dikeluarkan...

Hari Kelima 14.11.2015
Discharged dan bil bernilai rm18,500 ditanggung insuran....kalau duit sendiri matilanakkkk....hahaha
Sehari selepas discharged kene datang follow up untuk buka jahitan...doktor cakap cantik jahitan awak dan kering!!!...aku senyum kambing je la...Doktor  siap cakap aku makan apa sampai cepat kering jahitan ni dan memudahkan urusan doktor membuka jahitan aku ni....Adalah rasa ngilu sikit....erkkk

Rupanya sebelum ni ramai yang datang bukan untuk buka jahitan tapi JAHITAN BERNANAH!!!....bayangkan kalau aku yang macam tu lepastu kena jahit balik hidup2...Memang aku lari time tu jugak.

Meh aku kongsikan petua untuk keringkan luka jahitan dengan cepat...
1. 2 biji Zinc Complex Shaklee sehari semasa perut kosong....Sehari selepas pembedahan dah boleh makan
2. 2 biji Vitamin C Shaklee sehari dimakan sekali dengan Zinc Complex....
3. Banyakkan makan sayuran hijau dan saya makan ikan  haruan selepas sehari pembedahan sampailah sekarang...
4. Air masak sangat2 perlu dan minimum 3 liter sehari....Hasilnya saya tak mengalami sembelit pun dan alhamdullilah saya semakin bertenaga
5. Makan buah oren...bukan buah limau ye...buah2an lain tak digalakkan dalam 2 minggu pertama...Oh ye, kurma sangat2 bagus tau...sila makan time lepas pembedahan...

Terima Kasih en suami, family2 semua yang menjaga saya waktu berpantang...Aku diberi 2 minggu mc oleh doktor....Nak drive memang tak boleh lagi sebab keadaan perut yang masih tegang...Solat pun sambil duduk....selepas 3 minggu baru aku rasa semakin sihat dan solat seperti biasa...Mujur dapat bos yang sangat sporting!!!
Supplement Shaklee pun sangat best....Zinc dan Vitamin C tu sangat bagus untuk mempercepatkan luka pembedahan tau....

Ok...sampai sini dulu ye...Nanti sambung lagi...jemput datang ke kedai saya...
www.magnetsihat.blogspot.com
iryani jailani
010-701 6941
sid 1083231

1 comment:

  1. Saya baru lepas operation buang fibroid sebesar 10cm..saja bace blog2 org yg ade pengalaman buang fibriod..tapi awak tebuk perut eh berbeza dgn saya kne operate.. Anyway tarikh lahir kita sama 14.4. 1985 ☺️

    ReplyDelete