Jangan berasa rendah diri jika kita mulakan bisnes dari rumah.Biarkan sahaja mereka gembira dengan sewa kedai yang cantik & kelihatan mewah.Kemudian mereka membuat ubah suai pula kedai yang memakan belanja yang besar.Mereka mampu tidak mengapa.Mazhab bisnes dari rumah berbeza.Kita cuma fokus perkara yang kita tahu & buat betul-betul.Kata kunci adalah fokus & konsisten bertindak.
NAK KAYA MESTI SIMPAN
> Simpan setiap hari untuk dilupakan.Biar mereka bangga dengan jualan tapi kita happy dengan angka simpanan.Biar mereka usahawan hebat tapi kita penabung tegar.Usahawan hebat boleh tersungkur tapi temboj kewangan kita tegap berdiri.
DUA KEMAHIRAN MESTI KITA KUASAI
> Dua kemahiran yang mesti kita kuasai biar pun bisnes kita kecil & tidak glamour.Kemahiran menjual & kemahiran berfikir mesti berada aras paling atas.Ini kemahiran wajib ada supaya tidak tertipu dengan peluang bisnes sexy & keuntungan segera tanpa usaha.Kita mesti lebih bijak dari mereka di luar sana.Salah kah penipu memberi mesej yang penipu lebih hebat dari kena tipu?Asa kejayaab juga dari jualan yang dilakukan.Perkara ini boleh diajar dan diajar.
TAK PERLU KETAGIH SEMINAR
> 100 Seminar tidak berguna jika tidak bertindak.Dunia sebenar dalam kejayaan adalah tindakan.Minda ilmu umpama perpustakaan yang berada di kepala.Ia nya langsung tidak berguna jika tiada tindakan.Meeting, mengopi, lepaking, mengeteh berbulan-bulan tiada hasil jika gagal siapkan kerja rumah bisnes.Lebih baik gagap bercakap dikhalayak ramai tetapi bisnes berjaya daripada power berucap tapi hampeh.
BERGURU DENGAN MENTOR YANG BETUL
> Walaupun bisnes dari rumah, wajib ada guru.Pilih berguru pilihan yang tepat.Tepat bermaksud pilih mentor usahawan yang berjaya.Banyak jalan pintas boleh kita lalui andai kata ada Mentor.Yuran yang mahal bukan jaminan untuk berjaya.Sediakan bajet yang sesuai untuk belajar.Usahawan yang kemut pun sukar untuk berkembang.Nak berjaya dalam bisnes cari Mentor di kalangan Usahawan yang berjaya.Jangan taksub satu Mentor sahaja.
BACA BUKU
> Buku juga boleh menjadi mentor kita.Mentor bisu tetapi sentiasa berbisik melalui pembacaan kita.100 buku yang kita katam sudah melonjakkan kehadapan.Walaupun bisnes kecil, ilmu bisnes mesti besar.Jutawan senyao terhasil dari Usahawan yang sangat ketahih membaca.Malah, mereka bertindaj selepas menyedut ilmu dari buku yang mereka baca.Apa yang kita fikur adalah sebab untuk mencipta akibat.Inshaallah....Amin...
He3...Kopi satu!
No comments:
Post a Comment