Korang tau tak Obesiti merupakan salah satu daripada penyakit yang di hidapi kebanyakkan penduduk Malaysia?
Obesiti merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang menimbun di dalam badan seseorang. Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan. Lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggu dan mencederakan organ-organ badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Selain daripada mengehadkan kegiatan fizikal dan sosial, jangka hayat penghidapnya juga semakin pendek.

Adakah berlebihan berat badan dan kegemukan/obesiti menjadi masalah di kalangan remaja?
YA !!!

Masalah berlebihan berat badan dan kegemukan semakin meningkat. Kajian menunjukkan bahawa 15% daripada kanak-kanak berusia 12 - 19 tahun mempunyai masalah berlebihan berat badan dan kegemukan.Masalah ini lebih tinggi di kalangan kanak-kanak daripada keluarga miskin. Berat badan berlebihan dikaitkan dengan risiko yang tinggi jika mengalami masalah perubatan seperti diabetes dan penyakit jantung yang boleh menyebabkan kematian awal.

Dah faham apa itu Obesiti? InsyaAllah entry akan datang saya akan kongsikan Punca terjadinya penyakit ini.
Iryani Jailani
ID - 1083231
Hp - 010 701 6941
Email - iryanikps@gmail.com
Fb - yanie nizam
No comments:
Post a Comment