Hai, bertemu lagi kita ye....
Masih ada yang keliru tentang Obesiti?...Punca Obesiti banyak tapi adakah tanda-tanda itu ada dalam diri anda?
Apabila seseorang dilanda obesiti degil, dia selalunya mengalami sindrom montel yang menyebabkan wajah seseorang itu berubah menjadi montel. Wajah yang comel akan menjadi bulat dan kembang. Dada yang bidang juga turut kembang dan hilang bentuk. Malah sesetengahnya mengalami pembesaran buah dada tidak terkawal.Buah dada membesar dan melendut tanpa kolagen menyebabkan ia hilang rupa bentuk asal.
Sindrom montel juga menjadikan pinggang seseorang membesar dan ukur lilit belakang meningkat. Kalau diamati bentuk tubuh seseorang tampak seperti lelaki apabila terkena sindrom montel. Seseorang yang menghidap sindrom montel sering merasakan dirinya tertekan kerana wajah jadi tidak cantik akibat pengumpulan lemak sekeliling muka dan dagu berlapis. Mereka menyangka perubahan wajah itu boleh di atasi dengan penggunaan mekap yang tebal atau kosmetik yang mahal.
TANDA-TANDA SINDROM MONTEL/OBESITI
Seseorang yang obes merasa letih lesu dan kurang bermaya. Dia juga mudah marah, gelisah dan berasa rendah diri. Mood mereka kerap berubah-rubah.
Mereka ini turut mengalami masalah perubahan pada nada dan kotak suara. Jika dahulu suara mereka halus dan merdu kini nada suara menjadi rendah.
Sindrom montel menyebabkan hormon wanita menjadi rendah. Mereka yang menderita sindrom ini juga juga kerap kencing. Setiap kali selepas makan mereka akan ke tandas manakala usus menjadi lemah dan pembuangan najis tidak lancar.
Mereka juga sering mengadu bau badan yang kuat akibat dari hadirnya hormon testosterone yang berlebihan.
Pergerakan dan daya pemikiran penderita sindrom montel adalah perlahan. Ini menjadikan setiap pekerjaan yang dilakukan menjadi lambat.
Mereka juga tidak tahan dengan bunyi bising dan sering mahu menyendiri.
Masalah gatal gatal kulit juga sering terjadi terutama pada waktu malam bagi pengidap sindrom ini. Kulit menjadi kasar dan mata mengecil. Kerap kali mereka kehilangan bulu mata dan kening di mana kening menjadi nipis.
Tanda-tanda diatas ada berkenaan dengan anda ke?...Erm, cegah sebelum parah ye....Stay tuned untuk next entry bagaimana kita nak merawat Obesiti ini.
Iryani Jailani
ID - 1083231
Fb - Yanie Nizam
Email - iryanikps@gmail.com
No comments:
Post a Comment