Sunday, 28 September 2014

Bercuti vs Shaklee?

JALAN - JALAN SABAH: KEINDAHAN GUNUNG KINABALU BAHHHH....

                              



Assalammualaikum

Diam tak diam lagi beberapa hari lagi kita akan melangkah ke tahun baru. Terlalu banyak kenangan manis yang ditinggalkan, tidak kurang juga kenangan pahit yang harus ditelan sepanjang perjalanan tahun 2014. Apapun, itu semua adalah asam garam kehidupan dan sebagai tanda kasih sayang Allah pada kita semua.

Entri kali masih lagi berkisar cuti-cuti saya dan keluarga ke negeri Sabah. Alang-alang ke sini maka amatlah molek untuk saya membawa mereka melihat keindahan Gunung Kinabalu yang dapat saya katakan sangat hebat dan harus kita banggakan sebagai rakyat jati Malaysia

Gunung Kinabalu ini selalunya dapat dilihat dengan jelas pada waktu pagi sekitar jam 6 pagi hingga 7.30 pagi. kemudian ia akan dilitupi awan tebal sehinggalah ke petang. sekiranya cuaca mengizinkan anda akan dapat melihat lagi dengan jelas pada sekitar jam 5 petang hinggalah ke maghrib.

Kami semua beruntung dapat melihat puncak tertinggi di Asia Tenggara ini sebanyak beberapa kali ketika berada di Kundasang. Alhamdulillah, setiap kali melihat ciptaan Allah yang hebat ini hati akan bergetar dan tersangat kagum . Tiada kata-kata yang spesifik dapat digambarkan.

Jom kita layan gambar.

Semua gambar pemandangan Gunung Kinabalu di bawah ini diambil terus dari balkoni Homestay yang kami sewa malam tu. memang nampak sangat jelas. Jadi jangan segan-segan nak sewa Homestay ini kalau bermalam di Kundasang ya.



















"Pabila kita berada di atas, selalulah kita memandang ke bawah, Pabila kita berada di bawah, janganlah bersedih kerana pasti ada insan lain yang sekian lama berada lebih bawah dari kita dan jangan pula berhenti berusaha untuk kembali semula ke atas."

"Seperti resmi Gunung Kinabalu ini, walaupun berada di puncak dunia, tidak pernah letih dan tetap setia menunggu insan baru menggapai puncaknya."

Dalam lingkungan jam 8 pagi, keseluruhan puncak telah hilang dilitupi awan

Dalam pada bercuti ni, saya sekeluarga tidak lupa membawa bekalan supplement kami supaya kami tidak kepenatan sepanjang kami bereakasi....Ye la, penat tu semua mesti ada dengan aktiviti padat kami sepanjang hari.....



Nak tahu apa lagi kehebatan Shaklee dan percutian kami????

Jom cari saya di.....

Iryani Binti Jailani
010-701 6941
Email: iryanikps@gmail.com
Fb: yanie niezam

No comments:

Post a Comment