Assalammualaikum...
Bunyi tajuk macam seram kan???...memang seram pun pada saya....huhuhu
Sebenarnya saya tak join pun Gegemasu ni...saya cuma tolong menyelit je....Peristiwa ni berlaku pada 21 September 2014 kat rumah Upline saya iaitu Mummy Anies....
Gegemasu untuk dia sebenarnya tapi disebabkan nak sedut aura master dan otai-otai yang datang tu jadi saya datang juga....
Dari rumah saya nak ke rumah Mummy Anies ni memang dup dap jantung...Serius!!!...macam saya pula yang nak ditemu ramah...hehehe...Kuat betul aura tu nak meresap dalam jiwa ni...Siapa yang tak nak berjaya macam mereka kan?...Income beratus ribu setiap bulan!!!....Boleh buat macam-macam!!!
Okey...sambung balik....
Sampai je rumah Mummy Anies lagi lah tak keruan...kenapa jadi macam ni pun saya tak tahu...Saya tengok depan rumah kereta-kereta mewah!!!...Dalam hati cakap "boleh ke aku jadi macam mereka ni...."
Yang penting nak seribu daya!!!
Kaki melangkah perlahan masuk ke rumah Mummy Anies....masuk ikut pintu dapur pula tu sebab tak nak menggangu perbincangan mereka....kelakar pun ada juga sebab tak pernah gemuruh macam ni...hahahaha
Setengah jam selepas tu perbincangan pun tamat....sesi makan-makan dan bersalaman dengan otai-otai bermula....Orang yang pertama saya salam dan peluk ialah Master Hadhatina....macam nak nangis rasanya...macam jumpa artis!!!
Dalam perjumpaan tu sempat juga saya berkongsi masalah bersama nanny saya Mummy Mia....Dia memang x jemu-jemu beri nasihat kat saya...Love You So Much Mummy!!!
Tak banyak yang dapat saya kongsikan mengenai Gegemasu ini...Hanya dapat berkongsi idea bersama Mummy Anies saya...katanya untuk berjaya wajib ada "VISION BOARD"...Kalau tiada makna nya tak kemana lah kita...
Lepas tu kami makan-makan...hehehe...Mummy Anies menyediakan menu nasi minyak untuk santapan kami pada hari tersebut....
Daaaa....bertemu lagi ya....♡♥♡♥♡♥
Salam sayang dari,
Iryani Jailani
No comments:
Post a Comment