Tips saya menjaga kesihatan kulit sangatlah mudah...Hanya sebotol Vivix dan Cleanser Nw sahaja sebab ini dah cukup merangkumi segalanya...
.
Tapi yang penting kenalah bersihkan dalaman tu dulu...detox segala yang tak perlu barulah supplement lain senang bekerja...Air masak wajib!
.
Vivix ni bukan setakat saya buat minum tapi saya buat masker juga...Satu botol boleh buat macam-macam kan?
.
Ok...rahsia dah terbongkar...😷😷
.
Ada yang mahukan saya kongsikan lebih lanjut tentang tip2 penjagaan wajah?
.
Hubungi saya di 010-701 6941 (Yanie)
Saturday, 26 November 2016
PETUA KULIT MUKA BERSIH BERSERI
Thursday, 6 October 2016
TESTIMONI KURUS PESAKIT OBESITI (Part 1)
Perkara asas di dalam set diet Shaklee adalah detoks toksin, bakar lemak dan bina otot protein seperti mana Bakar Lemak adalah Lecithin atau Omega Guard, Buang/Detox adalah Herb-Lax atau Alfalfa Complex dan Bina Otot adalah ESP atau Cinch Shake.
Kita juga ada set-set kurus Shaklee mengikut bajet anda.....
Testimoni pengguna Shaklee adalah seperti yang berikut
Bila timbang berat badan dah turun 8kg. Yang dahulu nya 68kg, dan sekarang 60kg. Hanya mgambil Chinch Shake, Alfafa dan Lecithin je.....
Kurus sekata dengan Alfafa, Lecithin dan Omega Guard...Inci semakin mengecil walaupun dir sendiri tak perasan!
Dan saya akan kongsikan pengalaman kurus luar biasa dari Shaklee untuk entry seterusnya...Stay tuned ya....
SUPPLEMENT UNTUK PESAKIT OBESITI
Assalammualaikum......
Sebelum ini kita dah bincang macam-macam tentang Obesiti kan?....Sekarang kita tengok pula cara nak atasi masalah Obesiti ini.
Apakah yang boleh dibuat untuk turunkan berat anda?
Di Shaklee, ada beberapa produk asas adalah digunakan untuk menurunkan berat badan. Di sini disenaraikan beberapa set kurus yang ada ditawarkan.
- Set Budget
- Set Premium
- Set Kurus untuk ibu menyusu
- Set Lengkap.
Formula Kurus Shaklee
3 Peringkat Fungsi Set Kurus
BAKAR—>BUANG—-> BINA
BAKAR
Lemak perlu dibakar terlebih dahulu di dalam badan. Lecitin dan Omega adalah berfungsi untuk membakar lemak. Perbezaan lecithin dengan Omega, lecithin shaklee adalah berasaskan soya manakala Omega berasaskan minyak ikan. Dari segi kadar pembakaran, omega lagi kuat untuk membakar lemak-lemak.
BUANG
Setelah lemak dibakar, lemak tersebut perlu diangkut daripada organ-organ tubuh badan dan dikumuhkan. Maka alfalfa dan Herbalax diperlukan untuk mengangkut badan toksin ini. Alfalfa adalah untuk angkut toksin dari seluruh badan manakala herbalax adalah berfungsi untuk detox di perut dan usus.
BINA
Untuk memastikan otot yang telah terbakar lemak-lemak, otot tersebut perlu dibina semua untuk tidak mengeleber. ESP dan cinch diperlukan pada tahap ini. Cinch juga berfungsi untuk meningkatkan metabolisme otot badan.
Jika Pengambilan ini betul berat boleh dikurangkan dengan segera dan selamat.
Adalah penting untuk anda mengambil air setiap kali mengambil vitamin ini.Lagipun kuantiti air yang perlu adalah sekitar 8 gelas atau 3 liter sehari.
Saturday, 24 September 2016
PEMAKANAN DAN OBESITI
Assalammualaikum dan Selamat berhujung minggu.....
Jika sebelum ini kita dah bincang tentang Definasi Obesiti, Punca Obesiti, Symptom Obesiti, Rawatan Obesiti dan kini saya nak kongsikan apakah pemakanan yang sesuai buat pesakit Obesiti.
Makanan berkhasiat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, tenusu, dan bijirin sebenarnya dapat membantu pertumbuhan serta kesihatan tubuh badan anda.
Asimilasi Makanan
Tahukah anda apa itu asimilasi makanan? Asimilasi makanan ialah proses pencernaan dan penukaran makanan berkhasiat menjadi tisu hidup. Di samping itu, dengan adanya pemakanan, kita juga dapat mengetahui bagaimana badan kita bekerja. Dalam pemakanan ini terkandung semua jenis pengelasan makanan, misalnya vitamin, protein, lemak, dan sebagainya.
Kandungan lemak dalam makanan
Apa sahaja makanan yang kita makan, sebenarnya mengandungi banyak kalori daripada lemak. Di bawah ini, anda boleh mengikuti garis panduan diet Malaysia sebagai rancangan diet anda.
Makanan tinggi lemak
• Hamburger saiz biasa 11.8 39
• Hot dog 14.5 54
• Kentang goreng 20-25 keping (saiz biasa yang
• digoreng dengan minyak sayuran) 12.247
• Keropok kentang - 1 aun 10.1 61
• Mentega/marjerin - 1 sudu teh 4 94
• Sos salad - 2 sudu makan 11.1 85
• Kek keju 16.3 57
• Hot dog 14.5 54
• Kentang goreng 20-25 keping (saiz biasa yang
• digoreng dengan minyak sayuran) 12.247
• Keropok kentang - 1 aun 10.1 61
• Mentega/marjerin - 1 sudu teh 4 94
• Sos salad - 2 sudu makan 11.1 85
• Kek keju 16.3 57
Makanan rendah lemak
• Kacang hijau - direbus = cawan 0.2 9
• Roti - 1 keping 1.1 16
• Mil oat - 1 cawan 2.4 15
• Buah epal - 1 biji 0.5 6
• Ubi kentang - 1 biji dipanggang 0.2 1
Makanan dan kesesuaian
Aktiviti ini dipanggil sebagai aktiviti statik kerana anda hanya duduk dan tidak sedikit pun melakukan senaman bagi membakar kalori dalam tubuh badan. Ini mungkin boleh mendatangkan kegemukan.
Untuk itu, bagi merangsang tubuh badan supaya bergiat aktif, anda bolehlah melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh seperti bermain, menari, menyertai acara sukan, mengemas rumah atau mencuci kereta di waktu lapang atau apa sahaja aktiviti yang dirasakan sesuai dengan keupayaan anda. Dengan melakukan aktiviti seperti ini, kita juga dapat membantu otot-otot kita menjadi kuat.
Jangan jadikan amalan, makan sambil menonton televisyen. Perbuatan ini boleh menyebabkan anda seronok sehingga tidak mahu berhenti makan.
Merawat masalah Obesiti
Merawat masalah Obesiti
Pada hari ini masalah lemak berlebihan yang keterlaluan atau juga dikenali sebagai obesiti merupakan antara topik paling popular dibicarakan terutama mengenai usaha untuk mencari penawarnya.
Jika sebelum ini saya dah bincangkan punca / symptom-symptom terjadinya Obesiti, kini saya akan kongsikan bagaimana nak merawatnya.
Berikut beberapa rawatan bagi pesakit yang menghidapi masalah Obesiti:-
Diet
1. Elakkan makanan yang tinggi kandungan kalori seperti makanan yang banyak lemak dan gula. Banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Kurangkan menggoreng makanan. Banyakkan makanan yang direbus dan dibakar.
2. Elakkan menggunakan susu pekat manis.
3. Kurangkan kandungan gula dalam minuman dan kuih-muih.
4. Makan ikut jadual dan elakkan meninggalkan jadual makan.
5. Jangan gelojoh ketika makan dan ambil masa untuk memberi rasa kekenyangan.
6. Kurangkan makan di waktu malam, elakkan snek ketika menonton televisyen.
7. Pengurangan antara 500 hingga 1,000 kalori sehari dapat mengurangkan antara 0.5 hingga 1 kilogram sebulan.
Senaman
1. Senaman perlu dilakukan secara berterusan setiap hari dalam tempoh 20 hingga 30 minit sahaja bergantung kepada aktiviti yang dilakukan.
2. Sebaik-baiknya amalkan senaman selama 15 minit setiap hari daripada bersenam selama dua jam tetapi hanya seminggu sekali.
Senaman ini merangkumi berjoging, berbasikal, aerobik, bersukan, berenang dan sebagainya.
Ubat-ubatan
Kaedah ini dapat membantu mengurangkan sebanyak antara lima hingga 10 peratus berat badan. Terdapat empat jenis ubat-ubatan iaitu:
1. Lipase inhibator. Ubat ini menghalang enzim lipase di dalam saluran penghadaman memproses lemak makanan yang dimakan daripada menyerap ke dalam tubuh. Bagaimanapun, ia hanya menyekat 1/3 daripada lemak tersebut dan bakinya akan memasuki sistem penghadaman makanan.
2. Ubat mengekalkan paras hormon adrenalin dan serotonin. Dengan memakan ubat ini, ia akan mengawal fungsi selera makan dalam otak yang menyebabkan individu terbabit berasa kenyang. Kesan sampingannya ialah hipertensi, sukar tidur, jantung berdebar, panas dan sebagainya.
3. Ubat kencing manis. Ia boleh bertindak terhadap sel-sel tubuh dengan memperbaiki sensitiviti sel terhadap hormon insulin.
4. Ubat antikemurungan. Walaupun ia boleh menurunkan berat badan, ia tidak digunakan untuk mengurangkan berat badan kerana ia boleh menimbulkan kesan sampingan.
Pembedahan
Pembedahan ini bukan pembedahan kosmetik yang boleh menguruskan badan. Ia hanya digunakan bagi mereka yang mempunyai masalah obesiti yang serius. Jaminan keberkesanan kaedah ini ialah sebanyak 90 peratus dengan pengurangan berat badan antara 30 hingga 50 kilogram. Namun, ia juga mempunyai implikasi tersendiri seperti muntah, kekurangan zat vitamin dan jahitan terbuka.
Antara jenis pembedahan yang dilakukan ialah:
1. Jaw wiring - mengecilkan bukaan rahang mulut supaya individu tersebut tidak boleh makan dengan banyak.
2. Gastric reduction - mengecilkan kandungan perut supaya makanan tidak dapat diisi dengan banyak.
3. Ile-jujenal bypass (Roux-EnY) - pembedahan pintasan di mana perut akan disambung terus ke usus kecil sekali gus menghalang makanan daripada dihadamkan.
Kesesuaian Berat Badan (BMI)
Kaedah untuk mengukur kesesuaian berat badan BMI (Indeks Jisim Badan) kg 72 Ketinggian (m2) 1.7x1.7 Ukuran berat badan boleh dilakukan berdasarkan panduan seperti:
1. Normal: 17-25
2. Berat badan berlebihan: 25-30
3. Obesiti tahap I: 30-35
4. Obesiti tahap II: 35-40
5. Obesiti tahap III: 40 ke atas
Disini saya tunjukkan cara bagaimana menyukat tahap obesiti sendiri:-
Selain berat badan berlebihan, seseorang boleh menilai sama ada ia tergolong dalam kategori obesiti melalui ukuran diameter di pusat:
• Bagi wanita jika ukuran melebihi 88 sentimeter = risiko tinggi mendapat penyakit dan dikategorikan dalam golongan obesiti.
• Bagi lelaki jika ukuran melebihi 102 sentimeter = risiko tinggi untuk mendapat penyakit dan dikategorikan dalam golongan obesiti.
Untuk next entry saya akan kongsikan apakah makanan yang bersesuaian dengan golongan Obesiti ini....
Stay Tuned ya.....
Friday, 23 September 2016
Tanda-tanda Sindrom Montel / Obesiti
Hai, bertemu lagi kita ye....
Masih ada yang keliru tentang Obesiti?...Punca Obesiti banyak tapi adakah tanda-tanda itu ada dalam diri anda?
Apabila seseorang dilanda obesiti degil, dia selalunya mengalami sindrom montel yang menyebabkan wajah seseorang itu berubah menjadi montel. Wajah yang comel akan menjadi bulat dan kembang. Dada yang bidang juga turut kembang dan hilang bentuk. Malah sesetengahnya mengalami pembesaran buah dada tidak terkawal.Buah dada membesar dan melendut tanpa kolagen menyebabkan ia hilang rupa bentuk asal.
Sindrom montel juga menjadikan pinggang seseorang membesar dan ukur lilit belakang meningkat. Kalau diamati bentuk tubuh seseorang tampak seperti lelaki apabila terkena sindrom montel. Seseorang yang menghidap sindrom montel sering merasakan dirinya tertekan kerana wajah jadi tidak cantik akibat pengumpulan lemak sekeliling muka dan dagu berlapis. Mereka menyangka perubahan wajah itu boleh di atasi dengan penggunaan mekap yang tebal atau kosmetik yang mahal.
TANDA-TANDA SINDROM MONTEL/OBESITI
Seseorang yang obes merasa letih lesu dan kurang bermaya. Dia juga mudah marah, gelisah dan berasa rendah diri. Mood mereka kerap berubah-rubah.
Mereka ini turut mengalami masalah perubahan pada nada dan kotak suara. Jika dahulu suara mereka halus dan merdu kini nada suara menjadi rendah.
Sindrom montel menyebabkan hormon wanita menjadi rendah. Mereka yang menderita sindrom ini juga juga kerap kencing. Setiap kali selepas makan mereka akan ke tandas manakala usus menjadi lemah dan pembuangan najis tidak lancar.
Mereka juga sering mengadu bau badan yang kuat akibat dari hadirnya hormon testosterone yang berlebihan.
Pergerakan dan daya pemikiran penderita sindrom montel adalah perlahan. Ini menjadikan setiap pekerjaan yang dilakukan menjadi lambat.
Mereka juga tidak tahan dengan bunyi bising dan sering mahu menyendiri.
Masalah gatal gatal kulit juga sering terjadi terutama pada waktu malam bagi pengidap sindrom ini. Kulit menjadi kasar dan mata mengecil. Kerap kali mereka kehilangan bulu mata dan kening di mana kening menjadi nipis.
Tanda-tanda diatas ada berkenaan dengan anda ke?...Erm, cegah sebelum parah ye....Stay tuned untuk next entry bagaimana kita nak merawat Obesiti ini.
Iryani Jailani
ID - 1083231
Fb - Yanie Nizam
Email - iryanikps@gmail.com
Thursday, 22 September 2016
Adakah Obesiti berpunca dari persekitaran?
Assalammualaikum....
Jika sebelum ini kita dah bincang tentang Definasi Obesiti Yang Sebenar, hari ini saya suka nak kongsi bagaimana atau faktor yang menyebabkan Obesiti terjadi.
Punca sebenar berlakunya Obesiti atau kegemukan dikalangan rakyat Malaysia terlalu banyak sebab musababnya. Semuanya menjurus ke arah gaya hidup rakyat Malaysia yang tidak sihat.
• Pola Pemakanan
Jika anda ingin tahu,orang yang gemuk lebih responsif dibandingkan dengan orang yang berat badannya normal terhadap isyarat lapar luaran, seperti rasa dan bau makanan, atau ketika waktu makan. Orang yang gemuk hobinya suka makan dan cenderung terhadap makanan, apabila mereka rasa ingin makan,mereka akan makan walaupun sebenarnya perut tidak berasa lapar. Pola makan berlebihan inilah yang menyebabkan mereka sukar untuk keluar daripada kepompong kegemukan jika seseorang itu tidak memiliki kawalan diri dan motivasi yang kuat untuk mengurangi berat badan.
• Gaya hidup bersenang-lenang dan tidak sihat.
Seseorang individu itu jarang-jarang bersukan ataupun tidak pernah langsung melakukan senaman ringan Kita seharusnya tidak boleh malas bersukan kerana aktiviti fizikal akan membantu mereka yang mempunyai berat badan yang berlebihan. Ini adalah kerana, semasa bersukan, kalori akan terbakar,jika makin banyak kita bersukan, maka semakin banyak kalori yang hilang.
• Persekitaran dan orang sekeliling
Faktor yang seterusnya ialah persekitaran indidvidu itu sendiri.Faktor lingkungan atau persekitaran ternyata juga mempengaruhi seseorang untuk menjadi gemuk. Jika seseorang dibesarkan dalam satu komuniti yang menganggap bahawa gemuk adalah simbol kemakmuran,kebahagiaan dan keindahan, maka orang tersebut akan cenderung untuk menjadi gemuk. Selagi pandangan tersebut tidak dipengaruhi oleh faktor luaran, maka orang yang obesiti tidak akan mengalami masalah-masalah psikologi berkaitan dengan kegemukan dan mereka tidak akan kisah jika diri mereka gemuk.
• Faktor Genetik
Sebenarnya ,kegemukan boleh diturunkan dari generasi sebelumnya kepada generasi berikutnya di dalam sesebuah keluarga. Itulah sebabnya kita selalu bertemu dengan ibu bapa yang gemuk yang memiliki anak-anak yang gemuk juga. Dalam hal ini,sudah jelas lagi bersuluh mengatakan faktor genetik merupakan faktor utama kegemukan.
Malaysia Syurga Makanan tidak dinafikan . Pelbagai jenis masakan dan resepi boleh didapati di Malaysia.
Lambakan makanan seperti inilah yang mendedahkan rakyat Malaysia kepada masalah obesiti dan kegemukan, habis bagaimana nak langsing ya. Rakyat kita ramai yang tidak berpantang atau memilih dalam soal makan. Pantang jumpa atau berpeluang mencuba resepi baru, pasti ingin dicuba dan dirasa.
Tambahan pula dengan restoran makanan segera yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Selalunya pada waktu ini kita tidak akan fikirkan tentang langsing..makan dulu yang penting. Jika di negara lain, rakyat mereka mati kerana tak cukup makan, tapi di Malaysia, rakyatnya mati kerana terlebih makan.
Begitu sinis dan mendalam sekali anggapan demikian. Pada masa lalu, kebiasaannya orang makan dua kali sehari, iaitu tengah hari dan malam. Tetapi pada hari ini, kebanyakannya makan lima hingga enam kali sehari termasuk makan lewat malam di kedai Mamak
Jadi, saya nasihatkan kepada semua remaja yang kebetulan memiliki berat badan berlebihan dan belum berjaya mengurangi berat badan, janganlah anda berasa kecewa dan rendah diri. Mungkin dengan mengetahui faktor-faktor penyebab kegemukan seperti tertulis di atas anda akan menemui penyebab mengapa berat badan anda tidak pernah susut.
Iryani Jailani
ID - 1083231
Hp - 010 701 6941
Fb - Yanie Nizam
Email - iryanikps@gmail.com
Wednesday, 21 September 2016
Definisi Obesiti yang sebenar
Assalammualaikum.....
Korang tau tak Obesiti merupakan salah satu daripada penyakit yang di hidapi kebanyakkan penduduk Malaysia?
Obesiti merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang menimbun di dalam badan seseorang. Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan. Lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggu dan mencederakan organ-organ badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Selain daripada mengehadkan kegiatan fizikal dan sosial, jangka hayat penghidapnya juga semakin pendek.
Korang tau tak Obesiti merupakan salah satu daripada penyakit yang di hidapi kebanyakkan penduduk Malaysia?
Obesiti merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang menimbun di dalam badan seseorang. Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan. Lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggu dan mencederakan organ-organ badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Selain daripada mengehadkan kegiatan fizikal dan sosial, jangka hayat penghidapnya juga semakin pendek.

Adakah berlebihan berat badan dan kegemukan/obesiti menjadi masalah di kalangan remaja?
YA !!!

Masalah berlebihan berat badan dan kegemukan semakin meningkat. Kajian menunjukkan bahawa 15% daripada kanak-kanak berusia 12 - 19 tahun mempunyai masalah berlebihan berat badan dan kegemukan.Masalah ini lebih tinggi di kalangan kanak-kanak daripada keluarga miskin. Berat badan berlebihan dikaitkan dengan risiko yang tinggi jika mengalami masalah perubatan seperti diabetes dan penyakit jantung yang boleh menyebabkan kematian awal.

Dah faham apa itu Obesiti? InsyaAllah entry akan datang saya akan kongsikan Punca terjadinya penyakit ini.
Iryani Jailani
ID - 1083231
Hp - 010 701 6941
Email - iryanikps@gmail.com
Fb - yanie nizam
Subscribe to:
Posts (Atom)